Monday 7 September 2015

#CottonOn


Assalamualaikum & Hai.

Hashtag CottonOn ni adalah sempena aku dan sahabat-sahabat aku ke Pulau Kapas, Terengganu. Actually, kami dah plan sejak pertengahan bulan Ogos. Dalam 2 minggu duk buat persiapan, akhirnya 4 September 2015 kami pun mengangkat sauh sampan sajo dan berlayarlah kami 5 sahabat + 1 kawan baru = 6 jiwa ke Cotton Island. Haaa.. Cenggitu. Hikhik

Pada pukul 8 pagi kami bertolak ke Jeti Marang. Perjalanan lebih kurang dalam 20 minit je dari Kuala Terengganu. And, sebelum tu jangan lupa breakfast dengan Milo untuk tenaga berterusan #iklan.

Bersama Alwa my travel partner in future!
Pic credit to : Saf #IPhoneUser

Lebih kurang pukul 9 pagi, sampai lah kami kat jeti tu. Sebelum tu, kami kena ambil tiket yang sudah di book awal-awal dekat kaunter 2. Lupa nak cakap, kami dapat 3 bilik dan tiket bot untuk 6 org return dengan harga rm600 sahaja. Bilik besar dan selesa yang disediakan KAPAS CORAL BEACH RESORT ni muat untuk 4-5 orang. Perjalanan dari jeti ke pulau mengambil masa lebih kurang 20 minit.

Berehat sebentar bersama Alwa dan Apijol
Pic credit to : Saf #IPhoneUser

Berita baiknya, perjalanan dan perancangan kami going smooth and clear. Kami sampai awal, jadi peluang yang ada kami gunakan sebaik mungkin dengan aktiviti ‘Island Walking’. Ramai pelancong asing menjadikan pulau ini sebagai destinasi percintaan mereka. Selain pelancong asing, pekerja warga asing pun ada sebab kerja-kerja renovation chalet dan hotel sedang giat dijalankan. Oh ya, Pulau Kapas menggunakan tenaga solar untuk bekalan elektrik. Smart island perhaps.

Mandi manda bersama rakan baru; Ain, Cha dan Adda
Pic credit to : Saf #IPhoneUser

Dalam pukul 11.330 pagi, kami dapat 1 bilik untuk simpan beg-beg dan terus tukar baju untuk mandi manda. Sesiapa pun geram dengan kejernihan biru laut tu beb! tapi be very careful sebab kat sini banyak obor-obor. Sepanjang kami mandi dan snorkeling, Alhamdulillah obor-obor kat situ semua bertukar jadi manja-manja dan pemalu. Hahaha

Wefie selepas snorkeling. Bersama Saf, Apijol, Zaq, Jamal dan Alwa
Pic credit to : Saf #IPhoneUser
Duyung jantan jadian
Pic credit to : Saf #IPhoneUser
Sunset :) #AcahacahSuwit
Pic credit to : Saf #IPhoneUser
Selepi dulu ngan Alwa (kacamata)
Pic credit to : Saf #IPhoneUser

Snorkeling tidak termasuk dalam harga bajet kami, so kami spare rm15 untuk menyewa kelengkapan snorkel seperti mask, gogle dan life jacket. It worth it since the coral is not quite beautiful but the fishes were very friendly. Trust me =)

Maaf, kekurangan cahaya!
Pic credit to : Saf #IPhoneUser
Pada malam hari, kami adakan mini BBQ. Barang makanan dan dapur yang sememangnya dibawa khas dari tanah besar untuk our dinner. Antara menu ialah ayam bakar yang diperap by Datin Khamas, sosej, sandwich dan mi segera. Tak mewah tapi kami kenyang.


Keesokannya, seawal jam 8.30 pagi kami ready untuk snorkeling. Sepatutnya kami snorkeling pada petang hari sebelumnya, tetapi kerana keadaan laut yang tidak mengizinkan, snorkeling kami ditunda pada pagi 5 September. Bukan kerana laut bergelora tau, tapi kerana air pasang pagi SURUT pukul lima. Lebih dua jam membakar kulit dan bermesra dengan ikan dan batu karang, jam 1030 pagi kami naik ke pantai dan bersiap-siap untuk pulang ke rumah.

Pulang!!!!
Pic credit to : Saf #IPhoneUser
And yes, it was really a short-short vacation, but we had joy we had fun we had season in the sun sangat-sangat!! Wallawehhhh...

Its not about where we go, but with whom we spend our time with.

Till then.

Lot of loves,

Shafarahhusna, 7 September 2015

2 comments: